TENTANG CINTA

~..TENTANG CINTA...MEMBINA PERCINTAAN YANG BAHAGIA SELAMANYA.. ~



Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan

Apa lagi yang korang fikir bila tibanya Ramadhan..pastinya,ingin menunaikan tanggungjawab,membuat amal ibadat lebih dari kebiasaan bg mendapatkan keberkatan bulan yang mulia ini..selain itu yang menjadi tumpuan sudah semestinya juadah-juadah yang akan kita fikirkan untuk bersahur & berbuka, lagi-lagi kalau dapat bersama keluarga yang tersayang..

Bagi diri aku sendiri perasaan teruja kembali,tahun ini tahun ke-4 aku dapat berpuasa bersama suami yang tersayang..Alhamdulillah..sebelum ini aku berazam dan telah meluahkan hasrat hati kepada suami untuk memasak juadah berbuka & bersahur.

Namun hasrat aku itu hanya akan aku buat untuk waktu bersahur kerana pada tahun ini aku & suami akan berbuka di stall kat festive street mall, Danga Bay..berkorban tenaga, masa rehat & masa untuk bersama teman2 & keluarga.. apatah lagi ketika bulan yang mulia ini,mungkin ini satu pengorbanan yang aku & suami harus korbankan. Tuhan telah membuka jalan untuk kami mencari rezeki yang lebih baik untuk aku & suami,demi mencari satu peluang yang lebih untuk kami berdua..insyaAllah...

Aku hanya mengharapkan kedatangan ramadhan pada tahun ini agar lebih bermakna..

No comments:

Post a Comment