Alhamdulillah..hari ini hari pertama berpuasa,aku rasa teruja dapat bangun seawal jam 4 pagi untuk memasak juadah untuk bersahur..walaupun menu yang simple aku lihat suami makan dengan selera,dah memang suami aku ni jenis yang tak memilih makanan..apa yang telah di hidang dia makan..syukur alhamdulillah..aku pun tak risau memikirkan apa yang perlu di masak..hehe..
Dan hari ini juga hari pertama aku berbuka puasa di tempat lain, bukan di rumah aku,pun bukan di rumah family aku..family mertua?..pun bukan ler.. tidak juga di restoran @ hotel2 yang indah..hari ini aku berbuka di stall aku kat festive street mall,danga bay..Alhamdulillah..
Suasana yang berbeza sama sekali,walaupun hati sayu memikirkan..tapi inilah pengorbanan yang aku & suami harus tempuhi..berbekalkan bekalan yang di beli di pasar ramadhan,aku & suami berbuka bersama-sama pekerja 'jiran-jiran' perniagaan di sini..sungguh tak ku sangka sungguh meriah sekali..mereka bertukar2 & berkongsi juadah..
Alhamdulillah..yelah,mereka pun bekerja kan..jadi waktu terhad untuk keluar mencari juadah untuk berbuka..baru ku sedar, ada orang lebih banyak pengorbanan yang perlu dikorbankan demi mencari sesuap nasi berbanding dengan diri aku..(kerana kalangan pekerja2 di sini adalah orang indonesia)..so faham2lah la kedudukan mereka di sini..
Aku berharap ikatan persaudaraan yang terjalin ini,akan kekal kerana mereka sungguh baik hati & sangat menghormati sesama sendiri..aku harap aku dapat mempelajari sesuatu daripada mereka..Syukur Alhamdullilah,Ya Allah..kau pertemukan aku dengan erti kehidupan yang sebenar..Harus aku tahu apa erti hidup & pengorbanan..insyaAllah....
No comments:
Post a Comment