TENTANG CINTA

~..TENTANG CINTA...MEMBINA PERCINTAAN YANG BAHAGIA SELAMANYA.. ~



Friday, August 13, 2010

sUke sUki aKu...


Sofia dah mula la tu nak kacau cik la..hik..hik..

Sofia sudah semakin hampir.."mari sini cik la ajar komputer k.."hik..hik..

yeay!!..sofia tekun tgk computer nih..mcm dia tau je apa tu..
(padahal terbeliak tgk muka dia) webcam kan..


Comey je Sofia senyum..tau owang nak amik gambo eh...cweetnyerrr....
ibu sofia & cik la pun suke..weeeehooo....


ermm..OK sumer READY!!!...smileeee.....


aik..sofia dh bengong..kuar dah sengal ibu dia & cik la..hahaha...

CHEESE!!!...ternganga mulut sofia....hik..hik..


tu dia muka bEnGoNg & mEngoNg cik La & cik Lie..hik..hik..

Bukan Harapan Palsu..

Hari Ke-3 berbuka puasa di Stall kat Festive Street Mall, Danga Bay. Alhamdulillah..Walaupun aku & hubby tak bersahur pg tadi..kami dapt menghabiskan puasa paa hari ini tanpa ada sebarang masalah..(kalau ms kecik2 dlu..tu la alasan tuk berbuka siang ari..hahaha)..hari ini kami berbuka Nasi Ambang,yang dibeli di pasar ramadhan sebelum ke sini.alhamdulillah,kenyang...

kat sini, 2 - 3 hari ni keadaan yang menyuramkan..bisnes aku pun kureng..huhuhu...meriahnya dengan suara jiran2 niaga,alunan lagu-lagu raya dr radio2 yang berkumandang, orang pulak kurang  di festive street mall ni, mungin awal2 pose ni..orang lebih suka dok di umah dari berjalan2..ermm..mungkin blom masanya tuk shopping mopping raya kot..hik..hik..Harapan aku, semoga aku cuba untuk kuatkan semangat, jangan mudah mengalah..ku harapkan agar ada rezeki aku di sini..dan aku harapkan ada sinar yang membayangi aku & hubby..yekla,nak raya kan..semoga bisnes aku ni SUCCESS..insyaAllah...

~Home Sweet Home~

Alhamdulillah...skrg ni aku & hubby tggl menyewa kat taman anggerik,umah makcik aku daa..boleh la..jnji ada tempat tggl kan,insyaAllah..Kita orang dah beli umah sendiri tapi kenalah tgu 1 tahun lebih lagi baru siap..(huhu..itu pun klu leh siap cepat) kalau tak tunggu je la...hik..hik..

Walaupun menyewa,rumah ni kami anggap dah mcm umah sendiri..yekla kan,kt nk tinggal lama,penat2 balik dari kerja ada gak tempat nk lepaskan keringat...ahakz!!...ini la hasil dari creativiti aku & hubby..(cantik kan!!) walau pun orang lain tgk x cantik..pada aku..CANTIK bangatt!!!....hik..hik..

Ruang tamu..

Gambar yang di abadikan sebagai kenangan...

Ruang Tamu & Ruang Makan..

Ruang Tamu.. mengadap 2 Bilik..

Ruang makan..


Walaupun rumah ni kecil,tapi aku berasa amat selesa..tak sabar rasanya nk pindah rumah baru,tapi aku & hubby kena kumpul duit lagi,tu yang kena bekerja keras bagi memastikan rumah baru tu nanti lengkap segala-galanya..yela kan,bila dah ada rumah sendiri dah macam-macam nak buat..nk renovate la,nk pasang kabinet la..dan apa-apa lg la..tunggu je la umah tu siap..bru leh cter nti...hik..hik..

sTaLL GuEnn JuGaK...

- Inilah Stall Kami -

- Antara Koleksi Handmade Beg Kami -

- Dan Lagi, Cantikkan -




Rindunyerr..

Nur Irdina Sofia

Cik La rindu sangat sama si MOKs ni..comey jer..bila la ada peluang nak bawak sofia jalan-jalan macam dulu..(masa tu dia kecik lagi)..kalau bawak dia jalan2 skrg ni mesti best,dah macam2 karenah si MOKs ni..hik..hik..tapi cik la & cik pyan x ksah pun..tumpang kasih & sayang dari sofia..mujur Ibu & ayah dia tak kisah..(x kisah ker??) tak la kot,kalau kisah..dia tak bagi bawak anak dia..hahaha....

terbabas suda..hik..hik..

hari ni sudah hari ke-3 berpuasa..terbabas suda waktu sahur pagi tadi..cik abe syg aku kejut..yang,bangun yang..dh kul 5.30 ni..huhuhu..aku pn apa lagi,kelam kabut suda..tak dapat nk makan apa2 pun untuk bersahur cuma dpt minum air jer,boleh lak aku lupa nk wat alarm kat HP aku..coz selalu kalau wat pun alarm HP abg mesti bunyi..ini berbunyi pn aku tak dengar..lena sangat tidonyer..hik..hik..cian kat abang,Sorry ye abang,lepas ni ayang wat alarm kat HP sendiri,letak bwh bantal..insyaAllah, akan tersedar tuk bangun memasak & makan sahur..hehehe..

Wednesday, August 11, 2010

Syukur - Raihan

Cinta Ramadhan..

Alhamdulillah..hari ini hari pertama berpuasa,aku rasa teruja dapat bangun seawal jam 4 pagi untuk memasak juadah untuk bersahur..walaupun menu yang simple aku lihat suami makan dengan selera,dah memang suami aku ni jenis yang tak memilih makanan..apa yang telah di hidang dia makan..syukur alhamdulillah..aku pun tak risau memikirkan apa yang perlu di masak..hehe..

Dan hari ini juga hari pertama aku berbuka puasa di tempat lain, bukan di rumah aku,pun bukan di rumah family aku..family mertua?..pun bukan ler.. tidak juga di restoran @ hotel2 yang indah..hari ini aku berbuka di stall aku kat festive street mall,danga bay..Alhamdulillah..

Suasana yang berbeza sama sekali,walaupun hati sayu memikirkan..tapi inilah pengorbanan yang aku & suami harus tempuhi..berbekalkan bekalan yang di beli di pasar ramadhan,aku & suami berbuka bersama-sama pekerja 'jiran-jiran' perniagaan di sini..sungguh tak ku sangka sungguh meriah sekali..mereka bertukar2 & berkongsi juadah..

Alhamdulillah..yelah,mereka pun bekerja kan..jadi waktu terhad untuk keluar mencari juadah untuk berbuka..baru ku sedar, ada orang lebih banyak pengorbanan yang perlu dikorbankan demi mencari sesuap nasi berbanding dengan diri aku..(kerana kalangan pekerja2 di sini adalah orang indonesia)..so faham2lah la kedudukan mereka di sini..

Aku berharap ikatan persaudaraan yang terjalin ini,akan kekal kerana mereka sungguh baik hati & sangat menghormati sesama sendiri..aku harap aku dapat mempelajari sesuatu daripada mereka..Syukur Alhamdullilah,Ya Allah..kau pertemukan aku dengan erti kehidupan yang sebenar..Harus aku tahu apa erti hidup & pengorbanan..insyaAllah....

Harapan Ramadhan - Raihan feat. Man Bai

Ramadhan

Apa lagi yang korang fikir bila tibanya Ramadhan..pastinya,ingin menunaikan tanggungjawab,membuat amal ibadat lebih dari kebiasaan bg mendapatkan keberkatan bulan yang mulia ini..selain itu yang menjadi tumpuan sudah semestinya juadah-juadah yang akan kita fikirkan untuk bersahur & berbuka, lagi-lagi kalau dapat bersama keluarga yang tersayang..

Bagi diri aku sendiri perasaan teruja kembali,tahun ini tahun ke-4 aku dapat berpuasa bersama suami yang tersayang..Alhamdulillah..sebelum ini aku berazam dan telah meluahkan hasrat hati kepada suami untuk memasak juadah berbuka & bersahur.

Namun hasrat aku itu hanya akan aku buat untuk waktu bersahur kerana pada tahun ini aku & suami akan berbuka di stall kat festive street mall, Danga Bay..berkorban tenaga, masa rehat & masa untuk bersama teman2 & keluarga.. apatah lagi ketika bulan yang mulia ini,mungkin ini satu pengorbanan yang aku & suami harus korbankan. Tuhan telah membuka jalan untuk kami mencari rezeki yang lebih baik untuk aku & suami,demi mencari satu peluang yang lebih untuk kami berdua..insyaAllah...

Aku hanya mengharapkan kedatangan ramadhan pada tahun ini agar lebih bermakna..

Apa ertinya CINTAku..buat Diri Mu...

Telah nyata, puisi ku buat mu.
Cinta disemadikan buat diri mu.
Nilai erti cinta ku untuk mu.
Umpama rindu saling merindu.

Erti dan bagaimana ingin mengerti.
Akan erti cinta mu buat diri ku ini.
Percayalah cinta ku, menyintai.
Untuk buat diri mu, yang ku cintai.

Ingin ku,mengisi cinta ku,
bersama diri mu, kecintaan ku.
Berilah erti, pengertian pada ku.
Hakikat pengisian cinta ku dan mu.

Pada pengertian cinta ku,
untuk dirimu, yang dicintai itu.
Saling memberilah antara mu dan ku.
Adakan perkara baik, mu dan aku.

Assalamualaikum...

Dengan hati & Jiwa yang tenang..akan aku zahirkan..setiap kata yang terpalit di fikiran,setiap apa yang terlintas di hadapan mata..setiap apa yang berlaku di persekitran..semoga aku mendapat peluang untuk itu, agar ia dapat aku abadikan menjadi satu kenangan yang terindah..agar sama-sama kita dapat merasai & melalui detik-detik kehidupan..insyaAllah...

Ku Percaya Ada CINTA...

Mereka meragui
Wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela..
Biar betapapun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya..
Tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta..
Tersembunyi hikmahnya pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Ku rela
Biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya
Tidak sia-sia aku duji
Ada hikmahnya pasti

Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci
Dan abadi….